Announcement

JADUAL AKTIVITI PEPERIKSAAN SEMESTER JANUARI 2014 PROGRAM SARJANA MUDA / DIPLOMA
Monday, January 20, 2014
Posted By : Nik Fauzi b Nik Sin
Attachment :
Untitled document
 

JADUAL AKTIVITI PEPERIKSAAN SEMESTER JANUARI 2014 PROGRAM SARJANA MUDA / DIPLOMA

TARIKH

AKTIVITI

TINDAKAN YANG PERLU

 


PENDAFTARAN BAGI MENGULANG PEPERIKSAAN UNTUK MEMBAIKI GRED KURSUS DAN STATUS I.

  • Bagi pelajar yang telah menangguhkan peperiksaan akhir pada semester yang lepas dan penangguhan tersebut telah diluluskan oleh pihak universiti (mendapat gred I 'incomplete'), pelajar dikehendaki mendaftar untuk mengulang kursus-kursus tersebut pada semester terdekat kursus tersebut ditawarkan dalam tempoh setahun.
  • Bagi pelajar yang ingin memperbaiki gred iaitu semua gred yang diperolehi kecuali gred A juga perlu mendaftar ulangan peperiksaan akhir sahaja (REF) pada semester terdekat kursus tersebut ditawarkan dalam tempoh setahun.
  • Untuk mendaftar sila gunakan Borang Permohonan Mengulang Peperiksaan (UP-11)

  • Untuk mendaftar peperiksaan ulangan, sila klik pada tab E-Services -> Exam Online -> Online Application Form -> Borang Permohonan Mengulang Peperiksaan (UP-11) dan kemudian ikut ARAHAN seperti yang tercatat di borang tersebut.

  • TARIKH PERMOHONAN: 3 FEB 2014 hingga 17 FEB 2014Permohonan lewat tidak akan diterima.

Minggu Tutorial 2 dan seterusnya

CETAK SLIP KEBENARAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER (UP-09) DAN ;

  • Sila 'download' Slip Kebenaran Menduduki Peperiksaan Akhir mulai 25 FEB 2014.

  • Bawa Slip Kebenaran Menduduki Peperiksaan bersama Kad Matrik semasa menghadiri peperiksaan.

  • Untuk ‘download' slip tersebut sila klik pada View Current Examination Timetable atau pada tab E-Services-> Exam Online -> Slip Kebenaran Menduduki Peperiksaan Akhir Semester (UP-09) atau pada link dalam MyVle. 

  • Semak dengan teliti maklumat pada slip tersebut khususnya, kursus yang didaftarkan dan tarikh peperiksaan.

  • Laporkan kesilapan / pembetulan jika ada, kepada Pentadbir PPW/PPT atau Unit Kemasukan dan Rekod dengan SEGERA.(Tunjukkan salinan Borang UKR03 sebagai bukti mengenai pendaftaran kursus sebenar).

  • Slip baru akan dikeluarkan sebaik sahaja kesilapan maklumat telah disahkan betul oleh Unit Kemasukan dan Rekod.

 

PENDAFTARAN PEPERIKSAAN

  • PERINGATAN : Semasa Slip Kebenaran Menduduki Peperiksaan Akhir Semester dimuatturun, pelajar dianggap telah mendaftar kursus yang disenaraikan.

  • Pelajar yang tidak menduduki peperiksaan bagi kursus yang telah didaftarkan tanpa sebab yang boleh diterima akan diberikan MARKAH SIFAR (0) bagi kursus berkenaan.

JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER JANUARI 2014

 

PEPERIKSAAN AKHIR AKAN DIJALANKAN PADA

5 APR 2014 hingga 20 APR 2014

     
  • Semak Tarikh dan Masa Peperiksaan pada Jadual Peperiksaan Akhir dan Slip Kebenaran Menduduki Peperiksaan, laporkan pertindihan waktu peperiksaan dalam Jadual Peperiksaan dan Slip jika ada, kepada Pentadbir PPW/PPT berkenaan atau Unit Peperiksaan dengan SEGERA. atau emailkan kepada nikfauzi@oum.edu.my

 

 

CETAK SURAT SOKONGAN CUTI

  • Jika perlu Surat Sokongan Cuti, sila klik pada tab E-Services -> Exam Online -> Surat Sokongan Cuti Peperiksaan Akhir Semester.

  • Surat Sokongan Cuti bagi Peperiksaan Akhir Semester boleh dicetak mulai : 25 FEB 2014.

TELITI MAKLUMAT DAN ARAHAN PEPERIKSAAN

MAKLUMAT MENGENAI LOKASI PEPERIKSAAN AKHIR

  • Lokasi peperiksaan ini adalah tertakluk kepada sebarang perubahan yang akan dimaklumkan oleh Unit Peperiksaan.

  • Jika ada sebarang pertanyaan berkenaan perkara di atas, sila rujuk laman Web OUM atau melalui pentadbir PPW / PPT masing-masing.Sila kenal pasti lokasi peperiksaan anda sekurang-kurangnya sehari sebelum peperiksaan.    
  • Jika perlu menukar Lokasi Peperiksaan, sila klik pada tab E-Services -> Exam Online -> Borang Permohonan Tukar Lokasi Peperiksaan (UP-10) dan kemudian ikut ARAHAN seperti yang tercatat di borang tersebut.

  • Bermula semester Mei 2009, Setiap permohonan untuk pertukaran lokasi akan dikenakan bayaran sebanyak RM 10.00. Bayaran tersebut akan dicaj terus ke akaun pelajar.

  • Tarikh Permohonan Dibuka: 25 FEB 2014

  • Tarikh Tutup Permohonan: 5 MAC 2014

  • NOTA PENTING : PERMOHONAN LEWAT :

  • Pelajar yang memohon lewat atau mengambil peperiksaan di lokasi lain TANPA membuat permohonan terlebih dahulu akan dikenakan denda seperti berikut:

  • Permohonan Lewat selepas tarikh tutup rasmi sehingga 3 hari sebelum tempoh peperiksaan semester bermula : RM 50.00 bagi setiap permohonan

  • Menukar Lokasi Peperiksaan TANPA Membuat Permohonan Rasmi : RM 100.00 bagi setiap permohonan

  • Untuk melihat kelulusan permohonan tukar lokasi, sila rujuk status pada borang permohonan tukar lokasi peperiksaan akhir.

 

TANGGUH / TIDAK DAPAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN

  • Pelajar yang tidak dapat hadir ke peperiksaan akhir atas alasan kesihatan, perkahwinan, bencana alam dan urusan kerja mustahak, bolehlah memohon untuk dipertimbangkan bagi status GRED I (incomplete).

  • Walau bagaimanapun, bagi kes lain adalah bergantung kepada kelulusan Dekan dan pengesahan Jawatankuasa Peperiksaan Universiti.

  • Untuk memohon, sila klik pada tab E-Services -> Exam Online -> Online Application Form -> Borang Permohonan Tangguh Peperiksaan (UP-17) dan kemudian ikut ARAHAN seperti yang tercatat pada borang tersebut. 

  •  Tarikh Permohonan Dibuka25 FEB 2014.

  • Tarikh Tutup Permohonan: 2 Mei 2014, Satu (1) minggu selepas Peperiksaan Akhir Semester tamat.

  • PERINGATAN : Pelajar yang tidak menduduki peperiksaan bagi sesuatu kursus yang didaftar tanpa sebab yang boleh diterima akan diberikan gred F bagi kursus berkenaan.


SEMAK PEMAKLUMAN LOKASI PEPERIKSAAN YANG TERKINI

 

MUSTAHAK :

GRED KOMPONEN PENILAIAN BERTERUSAN.

  • Semak gred bagi setiap komponen penilaian berterusan dalam profail anda.

  • Jika gred bagi mana-mana komponen penilaian berterusan tidak wujud, adalah tanggungjawab anda hubungi tutor/ pentadbir PPT berkenaan dengan segera bagi penghantaran secara manual, bagi penghantaran tugasan secara online bolehlah emailkan kepada En Mohd Syalazi Aris <syalazi@oum.edu.my>.

  • Keputusan Peperiksaan Akhir pelajar mungkin terjejas jika markah komponen penilaian berterusan tidak wujud dalam pengkalan data.

SEMAKAN / RAYUAN TERHADAP GRED TUGASAN (ASSIGNMENT)

  • Tarikh Penyerahan : Pelajar dikehendaki menepati tarikh penyerahan tugasan yang ditetapkan. Keputusan Peperiksaan pelajar mungkin terjejas jika tugasan diserahkan selepas tarikh yang ditetapkan

  • Jika ingin semak semula gred Tugasan bagi sesuatu kursus, sila klik pada Borang Permohonan Semakan Semula Tugasan di e services

  • (Permohonan lewat atau tidak disertakan dengan bayaran/slip pembayaran tidak akan dilayan).


PERINGATAN SEBELUM PEPERIKSAAN

  • Kenalpasti Lokasi Peperiksaan anda sekurang-kurangnya sehari sebelum peperiksaan.

  • Berada di Lokasi Peperiksaan berkenaan sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu peperiksaan.

PERINGATAN:

  • Jangan lupa membawa Kad Pengenalan atau Kad Matrikulasi dan Slip Kebenaran Menduduki Peperiksaan (UP-09).

  • Pelajar boleh dilarang daripada menduduki peperiksaan juga boleh dikenakan penalti jika terlupa membawa Slip Menduduki Peperiksaan UP-09).

  • PENTING: Jangan tulis apa-apa nota pada muka hadapan/belakang Slip Kebenaran Menduduki Peperiksaan (UP-09).

  • Baca dengan teliti Maklumat dan Arahan Peperiksaan

  • BARANGAN YANG DIBENARKAN : Hanya beg plastik yang mengandungi alattulis seperti pen, pensil, pembaris, pemadam getah, pen highlighter dan mesin pengira boleh diletak di atas meja peperiksaan calon.

PELANGGARAN PERATURAN PEPERIKSAAN

 

  • Pelajar yang didapati bersalah atas pelanggaran peraturan peperiksaan seperti membawa masuk nota dan bahan yang tidak dibenarkan ke dalam dewan peperiksaan, antara hukuman lain yang boleh dikenakan adalah, diberikan markah sifar (0) bagi KESELURUHAN kursus berkenaan dan digantung daripada pengajian.

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR
  • Keputusan Peperiksaan Akhir Semester akan diumumkan dalam tempoh 4 - 6 Minggu selepas tarikh akhir peperiksaan.
  • Pelajar perlu mengemukakan aduan melalaui ECRM atau menghubungi 1300887300 dalam tempoh 2 minggu sekiranya keputusan penuh belum diperolehi selepas pengumuman keputusan.


SELAMAT MAJU JAYA

UNIT PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN,
REGISTRI
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA


REGISTRI
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA
(Jan 2014)