Announcement

JADUAL AKTIVITI PEPERIKSAAN SEMESTER MEI 2012 PROGRAM SARJANA MUDA / DIPLOMA
Monday, May 21, 2012
Posted By : Nik Fauzi b Nik Sin
Attachment :
Untitled document
 

JADUAL AKTIVITI PEPERIKSAAN SEMESTER MEI 2012 PROGRAM SARJANA MUDA / DIPLOMA

TARIKH

AKTIVITI

TINDAKAN YANG PERLU

 


PENDAFTARAN BAGI MENGULANG PEPERIKSAAN UNTUK MEMBAIKI GRED KURSUS DAN STATUS I.

  • Bagi kursus yang melibatkan peperiksaan pertengahan dan akhir semester pelajar dikehendaki menduduki kedua-dua peperiksaan.

  • Bagi pelajar yang telah menangguhkan peperiksaan pertengahan (midterm) pada semester yang lepas dan penangguhan tersebut telah diluluskan oleh pihak universiti (mendapat gred I 'incomplete'), pelajar dikehendaki mendaftar untuk mengulang kursus-kursus tersebut.

  • Untuk mendaftar sila gunakan Borang Permohonan Mengulang Peperiksaan (UP-11)

  • Untuk mendaftar peperiksaan ulangan, sila klik pada tab E-Services -> Exam Online -> Borang Permohonan Mengulang Peperiksaan (UP-11) dan kemudian ikut ARAHAN seperti yang tercatat di borang tersebut.

  • TARIKH PERMOHONAN: 21 Mei 2012-17 Jun 2012Permohonan lewat atau tanpa bayaran tidak akan diterima.

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN (MIDTERM) MEI 2012

 

 

 

 

 

 

 

 

Maklumat berhubung Peperiksaan Pertengahan Semester Mei 2012

 

 

 

 

Peperiksaan Pertengahan Semester Mei 2012 akan diadakan pada : 23 - 24 JUN 2012

Butiran Peperiksaan

 


CETAK SLIP KEBENARAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER (MIDTERM)(UP-09)

  • Sila 'download' Slip Kebenaran Menduduki Peperiksaan Pertengahan Semester mulai 1 Jun 2012.

  • Bawa Slip Kebenaran Menduduki Peperiksaan Pertengahan Semester bersama Kad Matrik semasa menghadiri peperiksaan.

  • Untuk ‘download' slip tersebut sila klik pada tab E-Services -> Exam Online -> Slip Kebenaran Menduduki Peperiksaan Pertengahan Semester (UP-09).

  • Semak dengan teliti maklumat pada slip tersebut khususnya, kursus yang didaftarkan.

  • Laporkan kesilapan / pembetulan jika ada, kepada Pentadbir PPW/PPT atau Unit Kemasukan dan Rekod dengan SEGERA.(Tunjukkan salinan Borang UKR03 sebagai bukti mengenai pendaftaran kursus sebenar).

  • Slip baru akan dikeluarkan sebaik sahaja kesilapan maklumat telah disahkan betul oleh Unit Kemasukan dan Rekod.

  CETAK SURAT SOKONGAN CUTI

  • Jika perlu Surat Sokongan Cuti, sila klik pada tab E-Services -> Exam Online -> Surat Sokongan Cuti Peperiksaan Pertengahan Semester.

  • Surat Sokongan Cuti bagi Peperiksaan Pertengahan Semester boleh dicetak mulai : 1 Jun 2012.

Minggu Tutorial 2 dan seterusnya

CETAK SLIP KEBENARAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER (UP-09) DAN ;

  • Sila 'download' Slip Kebenaran Menduduki Peperiksaan Akhir mulai 18 Jun 2012.

  • Bawa Slip Kebenaran Menduduki Peperiksaan bersama Kad Matrik semasa menghadiri peperiksaan.

  • Untuk ‘download' slip tersebut sila klik pada tab E-Services -> Exam Online -> Slip Kebenaran Menduduki Peperiksaan Akhir Semester (UP-09).

  • Semak dengan teliti maklumat pada slip tersebut khususnya, kursus yang didaftarkan.

  • Laporkan kesilapan / pembetulan jika ada, kepada Pentadbir PPW/PPT atau Unit Kemasukan dan Rekod dengan SEGERA.(Tunjukkan salinan Borang UKR03 sebagai bukti mengenai pendaftaran kursus sebenar).

  • Slip baru akan dikeluarkan sebaik sahaja kesilapan maklumat telah disahkan betul oleh Unit Kemasukan dan Rekod.

 

PENDAFTARAN PEPERIKSAAN

  • PERINGATAN : SEMASA SLIP KEBENARAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER DIMUATTURUNKAN, PELAJAR DIANGGAP TELAH BERDAFTAR.

  • PELAJAR YANG TIDAK MENDUDUKI PEPERIKSAAN BAGI SESUATU KURSUS YANG DIDAFTAR TANPA SEBAB YANG BOLEH DITERIMA AKAN DIBERIKAN MARKAH SIFAR (0) BAGI KURSUS BERKENAAN.

JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER MEI 2012

 

PEPERIKSAAN AKHIR AKAN DIJALANKAN PADA

28 Julai HINGGA 12 Ogos 2012

 

 

  • Semak Jadual Peperiksaan dan laporkan pertindihan waktu peperiksaan dalam Jadual Peperiksaan jika ada, kepada Pentadbir PPW/PPT berkenaan atau Unit Peperiksaan dengan SEGERA. atau emailkan kepada nikfauzi@oum.edu.my

 

DOWNLOAD JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR MEI 2012 sila klik untuk muatturun (Diaktifkan pada 22 Jun 2012)

 

 

 

CETAK SURAT SOKONGAN CUTI

  • Jika perlu Surat Sokongan Cuti, sila klik pada tab E-Services -> Exam Online -> Surat Sokongan Cuti Peperiksaan Akhir Semester.

  • Surat Sokongan Cuti bagi Peperiksaan Akhir Semester boleh dicetak mulai : 18 Jun 2012

TELITI MAKLUMAT DAN ARAHAN PEPERIKSAAN

MAKLUMAT MENGENAI LOKASI PEPERIKSAAN AKHIR

  • Lokasi peperiksaan ini adalah tertakluk kepada sebarang perubahan yang akan dimaklumkan oleh Unit Peperiksaan.

  • Jika ada sebarang pertanyaan berkenaan perkara di atas, sila rujuk laman Web OUM atau melalui pentadbir PPW / PPT masing-masing.Sila kenal pasti lokasi peperiksaan anda sekurang-kurangnya sehari sebelum peperiksaan.

 

 

  • Jika perlu menukar Lokasi Peperiksaan, sila klik pada tab E-Services -> Exam Online -> Borang Permohonan Tukar Lokasi Peperiksaan (UP-10) dan kemudian ikut ARAHAN seperti yang tercatat di borang tersebut.

  • Bermula semester Mei 2009, Setiap permohonan untuk pertukaran lokasi akan dikenakan bayaran sebanyak RM 10.00. Bayaran tersebut akan didebit terus ke akaun pelajar.

  • TARIKH PERMOHONAN DIBUKA: 18 Jun 2012

  • TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 10 Julai 2012 

  • NOTA PENTING : PERMOHONAN LEWAT :

  • Pelajar yang memohon lewat atau mengambil peperiksaan di lokasi lain TANPA membuat permohonan terdahulu akan dikenakan denda seperti berikut:

  • Permohonan Lewat selepas tarikh tutup rasmi sehingga 3 hari sebelum tempoh peperiksaan semester bermula : RM 50.00 bagi setiap permohonan

  • Menukar Lokasi Peperiksaan TANPA Membuat Permohonan Rasmi : RM 100.00 bagi setiap permohonan

TANGGUH / TIDAK DAPAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN

  • Pelajar yang tidak dapat hadir ke peperiksaan akhir atas alasan kesihatan, perkahwinan, bencana alam dan urusan kerja mustahak, bolehlah memohon untuk dipertimbangkan bagi status GRED I (incomplete).

  • Walau bagaimanapun, bagi kes lain adalah bergantung kepada kelulusan Dekan dan pengesahan Jawatankuasa Peperiksaan Universiti.

  • Untuk memohon, sila klik pada tab E-Services -> Exam Online -> Borang Permohonan Tangguh Peperiksaan (UP-17)dan kemudian ikut ARAHAN seperti yang tercatat di borang tersebut.

  •  TARIKH BUKA PERMOHONAN: 18 Jun 2012

  • TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 22 Ogos 2012, Satu (1) minggu selepas Peperiksaan Akhir Semester tamat.

  • PERINGATAN : PELAJAR YANG TIDAK MENDUDUKI PEPERIKSAAN BAGI SESUATU KURSUS YANG DIDAFTAR TANPA SEBAB YANG BOLEH DITERIMA AKAN DIBERIKAN GRED F BAGI KURSUS BERKENAAN.


SEMAK PEMAKLUMAN LOKASI PEPERIKSAAN YANG TERKINI

 

  • Lokasi peperiksaan adalah tertakluk kepada perubahan. Sila rujuk laman web OUM atau Pentadbir PPW / PPT untuk maklumat terkini lokasi peperiksaan.

  • Kenalpasti lokasi peperiksaan anda sekurang-kurangnya SEHARI SEBELUM peperiksaan.

MUSTAHAK :

GRED KOMPONEN PENILAIAN BERTERUSAN.

  • Semak gred bagi setiap komponen penilaian berterusan bagi Semester MEI 2012dalam profail anda.

  • Jika gred bagi mana-mana komponen penilaian berterusan tidak wujud, adalah tanggungjawab anda hubungi tutor/ pentadbir PPT berkenaan dengan segera.

  • Keputusan Peperiksaan Semester Mei 2012 pelajar mungkin terjejas jika markah komponen penilaian berterusan tidak wujud dalam pengkalan data.

SEMAKAN / RAYUAN TERHADAP GRED TUGASAN (ASSIGNMENT)

  • Tarikh Penyerahan : Pelajar dikehendaki menepati tarikh penyerahan tugasan yang ditetapkan. Keputusan Peperiksaan Semester Mei 2012 pelajar mungkin terjejas jika tugasan diserahkan selepas tarikh yang ditetapkan

  • Jika ingin semak semula gred Tugasan bagi sesuatu kursus, sila klik pada Borang Permohonan Semakan Semula Tugasan di e services

  • TARIKH PERMOHONAN: 23 Julai 2012 - 6 Ogos 2012 (Permohonan lewat atau tidak disertakan dengan bayaran/slip pembayaran tidak akan dilayan).


PERINGATAN SEBELUM PEPERIKSAAN

  • Kenalpasti Lokasi Peperiksaan anda sekurang-kurangnya SEHARI SEBELUM peperiksaan.

  • Berada di Lokasi Peperiksaan berkenaan sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu peperiksaan.

PERINGATAN:

  • Jangan lupa membawa Kad Pengenalan, Kad Matrikulasi dan Slip Kebenaran Menduduki Peperiksaan (UP-09).

  • Pelajar boleh dilarang daripada menduduki peperiksaan juga boleh dikenakan penalti jika terlupa membawa Slip Menduduki Peperiksaan UP-09).

  • PENTING: Jangan tulis apa-apa nota pada muka hadapan/belakang Slip Kebenaran Menduduki Peperiksaan (UP-09).

  • Baca dengan teliti Maklumat dan Arahan Peperiksaan

  • BARANGAN YANG DIBENARKAN : Hanya beg plastik yang mengandungi alattulis seperti pen, pensil, pembaris, pemadam getah, pen highlighter dan mesin pengira boleh diletak di atas meja peperiksaan calon.

PELANGGARAN PERATURAN PEPERIKSAAN

 

  • Pelajar yang didapati bersalah atas pelanggaran peraturan peperiksaan seperti membawa masuk nota dan bahan yang tidak dibenarkan ke dalam dewan peperiksaan, antara hukuman lain yang boleh dikenakan adalah, diberikan markah sifar (0) bagi KESELURUHAN kursus berkenaan dan digantung daripada pengajian.

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR
  • Keputusan Peperiksaan Akhir Semester Mei 2012 akan diumumkan dalam tempoh 4 - 6 Minggu selepas tarikh akhir peperiksaan


SELAMAT MAJU JAYA

UNIT PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN,
REGISTRI
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA


REGISTRI
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA
(Mei 2012)