Announcement

(PENTING) KAJI SELIDIK KPT WAJIB DIISI BG SEMUA GRADUAN KONVOKESYEN KE 14 Kajian Kementerian Pengajian Tinggi (MOHE) )
Friday, April 26, 2013
Posted By : Nur Amirah Binti Abdul Manaf
Attachment :
Untitled document

Kajian Kementerian Pengajian Tinggi (MOHE)PENGUMUMAN KEPADA PARA GRADUAN 2013.TAHNIAH kepada bakal-bakal graduan OUM Sesi Jun 2013! Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (MOHE) telah mewujudkan satu sistem Pangkalan Data Profil Graduan Negara. Bagi merealisasikan tujuan ini, pihak Kementerian telah menyediakan satu sistem maklumat yang dapat mengukur persepsi graduan terhadap program akademik dan sistem pengajian di IPT masing-masing di samping mendapatkan maklumat berhubung dengan employability, marketability dan career progression para graduan masing-masing.

Dimohon semua para graduan OUM (2013) memberikan kerjasama dengan menjawab soal selidik ini sebelum hari pengambilan jubah.

Setelah selesai menjawab borang soal selidik, sila cetak Slip Pengesahan Kajian untuk dikemukakan semasa proses mengambil jubah konvokesyen. Tanpa slip ini, pelajar akan diminta mengisi soal selidik terlebih dahulu sebelum mengambil jubah, dan ini pasti akan melambatkan proses pengambilan jubah.Di atas segala kerjasama dan keprihatinan tuan/puan dalam hal ini, OUM mengucapkan ribuan terima kasih.

Sesungguhnya OUM bangga dengan para graduan sekalian, dan hubungan baik OUM dengan tuan/puan ahli Alumni akan membawa OUM ke mercu kecemerlangan.Nota :Penjelasan tentang Kajian Pengesanan GraduanBerikut adalah langkah-langkah yang perlu dibuat :

 

Layari web http://graduat.mohe.gov.my

Sila klik log masuk

Pada bahagian Login di sini masukkan No. Kad Pengenalan / Pasport / Tentera

Pada bahagian Institusi sila pilih IPTS

Sila pilih Open University Malaysia

Seterusnya sila isikan borang soal selidik secara online mengikut arahan

Sekian, terima kasih.